Al-kisahnya bermula dengan saat aku bangkit dari lenaku di awal pagi lalu ku lihat jam di telefon pintarku menunjukkan jam 9 pagi. Sekilas itu juga aku mendapati terdapat satu emel yang belum ku baca lalu terus ku buka emel tersebut dan melihat tajuknya, "Manuscript Revision Request". Nampaknya artikel yang aku tulis bekenaan sebuah kajian telah dibalas oleh jurnal berkenaan. Cuba untuk menenangkan diri dan aku teruskan membaca emel tersebut dengan lebih terperinci dan cuba memahami kritikan-kritikan yang diberikan oleh reviewers jurnal tersebut. Ternyata bukan mudah. Major revision dikenakan malah salah seorang mengatakan tidak sesuai untuk dipublish di jurnal tersebut.
Terus aku merasakan perasaan negatif menyelebungi aku. Membaca komen yang diberikan lalu aku memikirkan kembali, perlukah aku membetulkan kajianku dari awal semula? Sudah hampir dua tahun tenaga dan idea dicurahkan untuk kajian ini, adakah ianya sia-sia? Dan sempatkah aku menghabiskan pengajian Master ini tepat pada waktunya?
Pelbagai soalan lain timbul lalu aku mengambil keputusan untuk menyiapkan diri dan terus ke pusat pengajianku. Sampai di sana, aku menghubungi pensyarahku untuk berbincang akan hal tersebut. Mujurlah dia tengah kosong ketika itu lalu aku terus berjumpanya di pejabat dan kami berbincang akan perkara tersebut. Ternyata kebimbangan aku hanyalah sekadar kebimbangan kosong sahaja. Semasa berbincang, pensyarahku banyak memberi pandangan yang baik dan bernas, bagaimana untuk menjawab pertanyaan yang diajukan reviewers berkenaan. Aku berasa sedikit lega mendengar penjelasannya, dan kami terus berbincang malah bukan sekadar itu, banyak perkara lain diborak bersama termasuklah hala tuju aku selepas ini. Dia berkata "keeps positive, inshaAllah semuanya akan ok". Mendengar kata-kata ini dari orang lain sangat menyenangkan hatiku yang sudah cukup keliru waktu itu. Kalau diri sendiri nak berkata sedemikian, rasanya tak akan berlaku haha. Ye la kan sebagai seorang pesimis, selalunya yang negatif dulu muncul haha..
Walaupun masalah belum selesai, aku merasakan diri aku lebih tenang setelah mendapat tenaga positif dari kata-kata pensyarahku. Jadi di sini aku ingin kongsikan bahawa menyebarkan tenaga positif sesama kita; kawan-kawan, keluarga atau masyarakat sangat lah bagus kerana ia membantu mereka yang sedang bercelaru atau keresahan untuk kembali tenang.
We cannot change the person from being a pessimist to optimist but we can keep spread the positive between us and others. Despite of that, negativity itself is not bad since it makes us aware of the possible outcome or impact of something toward others. And being positive always also is not good since you need a balance between those two so that you're being realistic with your life.
Apa-apa pun yang ingin disampaikan ialah apabila kita merasakan diri kita diselubungi pemikiran negatif, carilah nasihat positif dari kawan atau keluarga berdekatan. Dan sekiranya orang yang tengah dalam pemikiran negatif cuba untuk meminta nasihat dari kita, berilah nasihat positif yang realistik kepadanya. Let's keep the positive vibe guys!
No comments:
Post a Comment