Tuesday, May 7, 2019

Why didn't they ask Evans? by Agatha Christie



Agatha Christie is undoubtedly well known as one of the best writer in mystery-crime genre. Apart from her Poirot case series, this book is one of her stand alone work that able to captivate the readers through the mystery. The story begin with a simple question, "why didn't they ask Evans?", follows with the unraveling of several events and mysteries that occur around the death person. The story is complicated by its own but the plot expansion is quite nice where the readers can follow the overall story on what's going on. The full explanation is given at the end of the story which remarks the conclusion of the mystery. The best thing is that, in almost Agatha Christie's works that I have read, there are always a union of two souls that give some romantic feeling even though the story is all about mystery. Nevertheless, this book is worth a read if you like detective kind plot story and you may also look into other books written by Agatha Christie.

Tuesday, April 23, 2019

Positive vs Negative

Menjadi seorang pesimis bukanlah satu masalah dalam hidup kerana manusia itu lain-lain sifat dan perangainya. Namun begitu, persekitaran yang positif sangat diperlukan untuk membantu mereka yang pesimis menjalani kehidupan dengan lebih baik. Anyway, catatan kali ni bukan lah motivasi yang aku ingin kongsikan. Sebaliknya ialah peristiwa yang berlaku pada aku hari ini yang aku kira sangat membantu diri aku yang juga seorang pesimis haha..

Al-kisahnya bermula dengan saat aku bangkit dari lenaku di awal pagi lalu ku lihat jam di telefon pintarku menunjukkan jam 9 pagi. Sekilas itu juga aku mendapati terdapat satu emel yang belum ku baca lalu terus ku buka emel tersebut dan melihat tajuknya, "Manuscript Revision Request". Nampaknya artikel yang aku tulis bekenaan sebuah kajian telah dibalas oleh jurnal berkenaan. Cuba untuk menenangkan diri dan aku teruskan membaca emel tersebut dengan lebih terperinci dan cuba memahami kritikan-kritikan yang diberikan oleh reviewers jurnal tersebut. Ternyata bukan mudah. Major revision dikenakan malah salah seorang mengatakan tidak sesuai untuk dipublish di jurnal tersebut. 

Terus aku merasakan perasaan negatif menyelebungi aku. Membaca komen yang diberikan lalu aku memikirkan kembali, perlukah aku membetulkan kajianku dari awal semula? Sudah hampir dua tahun tenaga dan idea dicurahkan untuk kajian ini, adakah ianya sia-sia? Dan sempatkah aku menghabiskan pengajian Master ini tepat pada waktunya? 

Pelbagai soalan lain timbul lalu aku mengambil keputusan untuk menyiapkan diri dan terus ke pusat pengajianku. Sampai di sana, aku menghubungi pensyarahku untuk berbincang akan hal tersebut. Mujurlah dia tengah kosong ketika itu lalu aku terus berjumpanya di pejabat dan kami berbincang akan perkara tersebut. Ternyata kebimbangan aku hanyalah sekadar kebimbangan kosong sahaja. Semasa berbincang, pensyarahku banyak memberi pandangan yang baik dan bernas, bagaimana untuk menjawab pertanyaan yang diajukan reviewers berkenaan. Aku berasa sedikit lega mendengar penjelasannya, dan kami terus berbincang malah bukan sekadar itu, banyak perkara lain diborak bersama termasuklah hala tuju aku selepas ini. Dia berkata "keeps positive, inshaAllah semuanya akan ok". Mendengar kata-kata ini dari orang lain sangat menyenangkan hatiku yang sudah cukup keliru waktu itu. Kalau diri sendiri nak berkata sedemikian, rasanya tak akan berlaku haha. Ye la kan sebagai seorang pesimis, selalunya yang negatif dulu muncul haha..

Walaupun masalah belum selesai, aku merasakan diri aku lebih tenang setelah mendapat tenaga positif dari kata-kata pensyarahku. Jadi di sini aku ingin kongsikan bahawa menyebarkan tenaga positif sesama kita; kawan-kawan, keluarga atau masyarakat sangat lah bagus kerana ia membantu mereka yang sedang bercelaru atau keresahan untuk kembali tenang. 

We cannot change the person from being a pessimist to optimist but we can keep spread the positive between us and others. Despite of that, negativity itself is not bad since it makes us aware of the possible outcome or impact of something toward others. And being positive always also is not good since you need a balance between those two so that you're being realistic with your life. 

Apa-apa pun yang ingin disampaikan ialah apabila kita merasakan diri kita diselubungi pemikiran negatif, carilah nasihat positif dari kawan atau keluarga berdekatan. Dan sekiranya orang yang tengah dalam pemikiran negatif cuba untuk meminta nasihat dari kita, berilah nasihat positif yang realistik kepadanya. Let's keep the positive vibe guys!

Monday, April 22, 2019

8 tahun? Still counting?

Siapa sangka setelah 8 tahun masih wujud rupanya blog ini.
Kelakar pula melihat dan membaca post-post lama haha..
8 tahun sudah berlalu, banyak perkara sudah dilalui, semakin banyak pengalaman dalam hidup ini.
Kawan bertambah, berubah dan masing-masing sudah ada perancangan hidup yang kiranya lebih matang berbanding zaman sekolah dulu. Ye la kan, dulu semua budak hingusan je..

Anyway, memandangkan aku telah jumpa kembali blog yang asalnya kalau aku tak silap dibuat khas untuk pertandingan zaman sekolah dulu (tak ingat pertandingan apa), akan ku manfaatkan sepenuhnya ruang ini untuk sebarang catitan dan perkongsian yang aku kira mungkin berguna untuk semua pembaca dan diri ini..

Well, I'm back as a blogger!!

Saturday, October 15, 2011

Enam Pertanyaan Imam Ghazali

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'.
Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Di Saat Ini....

Setelah sekian lama blog ini tidak diupdate...
akhirnya baru mendapat masa untuk mengupdatekannya...
apa2pun.. insyaAllah mulai saat ini..
post2 yg bru dpt membantu kita dalam kehidupan seharian...
diharap para pembaca dpt memberi sokongan..

Thursday, April 28, 2011

ALL ABout LiFe>. . .

  • Life has taught us that love does not consist of gazing at each other, but in looking together in the same direction.

  • What matters in life is not what happens to you but what you remember and how you remember it.

  • Life doesn't require that we be the best, only that we try our best.

Wednesday, April 27, 2011

YEAY!!!

Hari2 nak gembira ker??? hahaha......
Pagi ni bangun 11.30.. fuhh... tido lme sgt ni... padahal barca lwn real x tgk pun...
bgun2.. trus on internet... x de keje... bese larh.... hahaha...
lpas ni nk kene masak lak... hmm.... tiap2 ari mcm ni... esok mcm mne plak agaknyer...
hahaha... apa pun yg menggembirakan aku hari ini ialah x sangka dpt matrik melaka...
dah lme aku nk gi melaka, dpt matrik ni mcm ade peluang lar.. blum tentu lagi pergi... haha..
Klau pergi tercapai lar matlamat aku nak prgi melaka.... huhu... apa2pun tunggu keputusan upu dlu la kan...
hmmm.... akhirnye dh nk abis dh cuti aku pas spm ni... hehe..
pas ni kene blaja blik lar... mneruskan kehidupan ini... haha...

"Life is just a mirror, and what you see out there, you must first see inside of you."

Monday, April 25, 2011

SENYUM???


Adakah anda pernah tidak senyum dalam seharian kehidupan anda???
Hahahaha... Aku rasa semua orang mesti pernah senyum paling kurang sekali sehari...
Yang online fb,ms, twitter ke, bile bce komen @ tgk gambar ker mesti senyum punye...
Yang bekerja di pejabat pula senyum sesame teman sejawat, tak pun dengan bos ker.. (kasi bodek sikit)... paling kurang pun senyum sinis(mcm mne tu)... yang pernah wat tahu lar kot...
Apa2 pun senyum ni kan satu amalan mulia, bagus...
Orang tengok kite senyum, x kan la rse tertekan sgt, tgk kite mcm baik jer... hahaha..
Senyum ni pun dpt tahan kemarahan kite... kalau semua orang senyum pasti la tiada orang marah kat dunia ni kan?? alangkah bgusnya klau begitu..
Mcm lirik lagu senyum tu:

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Hahaha....
kan bgus klau semua orang sentiasa senyum..
oleh itu, kite hendaklah sentiasa senyum dalam kehidupan kite...
senyum itu kan sedekah.. senang dapat pahala...
anyway... SMILE ALWAYS!!!



OHOHOI!!!!

Kisah ku di pagi hari..... hai bgun pun lmbt lagi.... Nsib baik la awal skit dari semalam... huhu... Dah bangun pergi mandi... Terpaksala survive diri dengan nasi goreng buatan sendiri jer.... nasib baik sedap.. huhu.... Siap makan apa lagi,on la... hahaha... Tiap-tiap hari aku rasa bende yang same je aku wat... haha...itulah yang dikatakan rutin seharian... haha.. apa2pun aku harap hari ini dapat berjalan dengan baiknyer.... :)

Why didn't they ask Evans? by Agatha Christie

Agatha Christie is undoubtedly well known as one of the best writer in mystery-crime genre. Apart from her Poirot case series, this b...